1 September 2015 - Selasa
|
Antara buku undang-undang dan contoh borang permohonan lesen am dan senjata api |
- Ditempatkan di bahagian Cawangan Perlesenan dan melapor diri kepada Pegawai Turus Perlesenan DSP Mazlan Bin Mamat.
- Cawangan perlesenan ini merupakan pecahan daripada Jabatan Pengurusan.
- Mendengar taklimat dan penerangan mengenai fungsi, tugas dan peranan dalam unit cawangan perlesenan ini.
- Cawangan perlesenan bertanggungjawab dalam mengeluarkan, menyemak dan meluluskan borang permohonan lesen.
- Permohonan lesen terbahagi kepada dua bahagian lesen iaitu Lesen Am dan Lesen Senjata Api.
- Permohonan bagi Lesen Am terbahagi kepada beberapa bahagian lesen
- Permohonan membeli barang-barangan sekenhend (besi buruk, komponen besi kenderaan seperti kereta dan motosikal).
- Kutipan derma rumah ke rumah.
- Letupan dan bunga api.
- Pecah batu.
- Kilang magazin/simpanan letupan.
- Menjual pakai-pakaian seragam.
Tujuan Lesen Am dikeluarkan adalah untuk pemantauan PDRM jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti kecurian, penipuan, ancaman terhadap keselamatan dan sebagainya.
- Permohonan Lesen Senjata Api terbahagi kepada dua bahagian Lesen A dan Lesen B.
- Lesen A: Bagi pemilik senjata api sahaja
- Lesen B: Bagi pengguna pemilik lesen A "Carry and Use" (CNU)
- Semua orang awam yang memohon lesen senjata api wajib mengisi borang permohonan di bahagian ini, kecuali 4 agensi berkuasa iaitu polis, penjara, askar dan navy.
- Kebiasaan orang awam yang memohon lesen senjata api adalah mereka yang terdiri daripada YB, parlimen, adun, orang-orang penting kerajaan, orang-orang biasa yang menternak dan memanam tanaman yang memberi hasil, syarikat keselamatan, pengurus ladang, JPJ, Rela, Imigresen, Kastam dan sebagainya.
- Cawangan ini juga bertanggungjawab dalam proses tukar milik senjata, menukar tujuan penggunaan senjata, kelulusan menambah peluru dan pembatalan/pelupusan penggunaan senjata api.
- PDRM cawangan perlesenan saling berhubungan dengan beberapa jabatan luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Bomba, Pihak Berkuasa Tempatan, Polis (Jabatan Jenayah), Imigresen, Kastam dan beberapa jabatan luar yang terlibat bagi menjamin kesahihan maklumat serta keselamatan.
- Rayuan peringkat KPN boleh dilakukan jika permohonan tidak diluluskan.
No comments:
Post a Comment