Sunday, 22 November 2015

Hari ke-64, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

22 November 2015 - Ahad

  • Hari ini cuti umum bagi negeri Melaka, tetapi dipanggil oleh pegawai penyelia untuk datang ke pejabat pada jam 2 petang.
  • Bersama dengan Pegawai Penyelia, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang anggota ke Swiss Hotel Melaka.
  • Perdana Menteri China datang ke Melaka untuk mendengar taklimat pelaburan yang dibuatnya di negeri Melaka yang disampaikan oleh ketua Menteri Melaka.
  • Secara tidak langsung bersama dengan 2 orang pegawai mengawas tingkat dua Swiss Hotel supaya orang awam tidak menjengguk VVIP yang hadir dari atas.
  • Selesai majlis pada jam 6 ptg.
  • Sebelum balik singgah dulu UPTOWN MELAKA berhadapan menara Taming Sari.

Hari ke-63, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

20 November 2015 - Jumaat


  • Masih mencari video yang bersesuaian di Youtube kerana kekurangan sumber semasa merakam video tempoh hari.
  • Sementara pada masa yang sama, mencari background muzik yang sesuai untuk video korporat.

Hari ke-62, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

19 November 2015 - Khamis


  • Membantu anggota mencari dan mengasingkan berita sekitar Melaka yang berkaitan dengan PDRM Melaka.
  • Setelah selesai, balik ke bilik media dan sambung kerja-kerja menyunting video.
  • Video yang disunting masih kekurangan, dan terpaksa ambil beberapa video dari Youtube.

Hari ke-61, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

18 November 2015 - Rabu


  • Memulakan suntingan video.
  • Menggunakan software SONY VEGAS.
  • 1 hari membuat kerja-kerja suntingan video.

Hari ke-60, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

17 November 2015 - Selasa


  • Hari ini bersama dengan Sarjan Rauf  keluar ke Bandar Hilir untuk aktiviti merakam video.
  • Rakaman pertama bermula di Balai Polis Pelancong kemudian diikuti dengan Polis Bertugas Ronda di sekitar Bandar Hilir.
  • Rakaman orang awam di hadapan Dataran Pahlawan.

Hari ke-59, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

16 November 2015 - Isnin


  • Perancangan untuk merakam video di sekitar Bandar Hilir pada waktu petang tergendala disebabkan hujan lebat.
  • Dari pagi sampai petang duduk termenung memikirkan idea untuk pengambaran.
  • Dalam masa yang sama beberapa helai storyboard telah dilakar.

Hari ke-58, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

13 November 2015 - Jumaat


  • Kembali semula ke bilik media.
  • Mengasingkan dan mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan projek.
  • Memulakan projek dengan membuat gambar video.

Hari ke-57, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

12 November 2015 - Khamis


  • Hari ini duduk di pejabat Latihan dan Sukan untuk sementara waktu membantu kerja-kerja pejabat.
  • Memberi laporan ujian air kencing kepada orang awam yang telah lulus kepada mereka yang memohon jawatan PDRM.

Hari ke-56, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

11 November 2015 - Rabu


  • Berjumpa dengan penyelia awal pagi ini.
  • Dapat semua bahan-bahan yang diperlukan dari unit D6.
  • Hari ini penyelia projek ada mesyuarat di luar bersama orang awam.
  • Melakukan tugas sendiri, menyemak dan mengasingkan bahan yang telah diberikan untuk video korporat.
  • Semua bahan dalam bentuk gambar dan video.

Hari ke-55, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

10 November 2015 - Selasa


  • Kembali semula ke bilik media
  • Pelajari tutorial software SONY VEGAS.
  • Berjumpa dengan Penyelia Projek dan berbincang mengenai bahan atau maklumat yang diperlukan.
  • Bahan yang diperlukan masih dalam proses, cuma dapat 1 DVD mengenai aktiviti sepanjang Timbalan Ketua Polis Melaka yang dalam bentuk gambar .JPG format.
  • Mengasingkan gambar-gambar tersebut mengikut kesesuai dengan projek.

Hari ke-54, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

9 November 2015 - Isnin


  • Hari ini staff dari bahagian IT minta tolong duduk di pejabat IT sebab semua staff sibuk dengan urusan luar.
  • Membantu kerja-kerja teknikal seperti format laptop.
  • Sepanjang hari berada di pejabat IT membantu kerja-kerja teknikal.

Sunday, 8 November 2015

Hari ke-53, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

6 November 2015 - Jumaat


  • Di Pejabat Hal Ehwal Awam, mengasingkan berita dari surat khabar yang melibatkan PDRM negeri Melaka.
  • Surat Khabar yang dibaca:
  1. Harian Metro
  2. Berita Harian
  3. Utusan Malaysia
  4. News StraitTimes
  • Mencari bahan serta contoh video korporat.

Hari ke-52, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

5 November 2015 - Khamis


  • Berjumpa dengan penyelia projek berbincang mengenai kelulusan mendapatkan bahan visual dari unit D6.
  • Melakukan aktiviti rakaman pengambaran di sekitar Melaka Mall.
  • Melakukan aktiviti dan kerja-kerja pejabat seperti biasa selepas balik dari rakaman video.

Hari ke-51, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

4 November 2015 - Rabu

Bersama 10 orang pelajar UiTM Jasin dan anggota bahagian HEA


  • Lawatan pelajar dari UITM Jasin, Melaka untuk melakukan kerja kursus bagi subjek "Komunikasi"
  • Membantu pegawai dan anggota untuk membawa 10 orang pelajar melawat sekitar IPK Melaka.
  • Menerangkan fungsi dan kegunaan bagi setiap kawasan yang dibawa lawat.
  • Kawasan yang dibawa adalah seperti:

  1. Padang Kawad
  2. Lapang Sasar.
  3. Jabatan Pengurusan
  4. Auditorium IPK Melaka
  5. Dewan IPK Melaka
  6. Mes IPK Melaka
  7. Bahagian Pengangkutan IPK Melaka
  8. Tapak Mendarat Helikopter.

Tuesday, 3 November 2015

Hari ke-50, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

3 November 2015 - Selasa


  • Bersama dengan Penyelia dan Tuan Suhaimi melawat ke Ramada Hotel Melaka.
  • Melihat ruangan dewan dan bilik hotel untuk mesyurat Ketua Polis Negara bersama Ketua Polis Melaka bersama Lembaga Pengarah yang lain.
  • Melaksanakan tugas sebagai "cameraman" menangkap gambar setiap ruangan bilik, dewan makan, dan bilik mesyuarat.
  • Gambar yang ditangkap akan dijadikan bahan untuk pembentangan bajet.

Hari ke-49, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

2 November 2015 - Isnin


  • Memindahkan semua gambar dan video kedalam komputer.
  • Semak dan mengasingkan video untuk suntingan baharu video korporat.
  • Dalam masa yang sama, masih menunggu video dari unit D6.
  • Mereka logo bagi polis melaka yang akan digunakan dalam video.

Hari ke-48, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

30 Oktober 2015 - Jumaat


  • Bersama penyelia, hadir ke Sekolah Kebangasaan Jalan Dato' Pahlawan untuk ceramah mengenai menangani jenayah bersama murid sekolah rendah.
  • Menjalankan tugas sebagai "cameraman".
  • Merakam video suasana sepanjang ceramah berikut.

Hari ke-47, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

29 Oktober 2015 - Khamis


  • Siap bahagian pertama video korporat.
  • Berjumpa dengan penyelia, dan tunjukan hasil video untuk bahagian pertama.
  • Penyelia meminta untuk buat semula, kerana aksi yang ganas dan tidak menunjukan kemesraan polis dan masyarakat.
  • Seharian suntuk memikirkan idea untuk merakam semula video yang berunsurkan kemesraan antara polis dan rakyat.

Hari ke-46, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

28 Oktober 2015 - Rabu


  • Sambung menyiapakan suntingan video di bilik Media.
  • Pelajari tutorial Adobe Premiere dan muat turun semua tutorial berdasarkan keperluan.
  • Seharian berada di bilik Media menyunting video.

Hari ke-45, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

27 Oktober 2015 - Selasa


  • Menyudahkan menyunting video koporat di bilik Media IPK Melaka.
  • Pelajari tutorial Adobe Premiere daripada Youtube.
  • Seharian menyudahkan sunting video di bilik Media.

Hari ke-44, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

26 Oktober 2015 - Isnin


  • Menyunting video rakaman yang dibuat pada hari Sabtu lepas.
  • Memindahkan semua gambar ke dalam pendrive dan serahkan kepada penyelia.
  • Menyemak semula video rakaman temubual bersama pengerusi Rukun Tentangga.

Hari ke-43, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

24 Oktober 2015 - Sabtu


  • Menghadiri program Security and Save Me serta pelancaran Aplikasi baharu S.O.S (Serving Our Society) bertempat di Auditorium IPK Melaka.
  • Menangkap gambar sepanjang program tersebut.
  • Menemubual beberapa Pengerusi Rukun Tetangga mengenai pandangan mereka terhadap perkhidmatan polis.
  • Program bersurai pada jam 12.00 tengah hari.

Hari ke-42, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

23 Oktober 2015 - Jumaat



  • Kerja-kerja menyunting video ditunda.
  • Ditugaskan membantu anggota di cawangan latihan/sukan.
  • Menaip semula nama-nama anggota yang akan dinaikkan pangkat di seluruh negeri Melaka.
  • Seramai 600 orang anggota dinaikan pangkat.
  • Kesemua pangkat tersebut adalah Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjam Mejar dan Sarjan Mejar ke Sub Inspektor.

Hari ke-41, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

22 Oktober 2015 - Khamis


  • Sambung kerja menyiapkan projek video korporat.
  • Menyunting video rakaman temubual bersama orang awam.
  • Seharian berada di bilik Media menyunting video.

Hari ke-40, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

21 Oktober 2015 - Rabu


  • Memindahkan semua gambar dan video ke komputer.
  • Menyemak dan menyunting video rakaman.
  • Kesemua gambar dipindahkan ke pendrive dan diserahkan kepada penyelia.

Tuesday, 20 October 2015

Hari ke-39, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

20 Oktober 2015 - Selasa


  • Berangkat ke IPD Melaka Tengah pada jam 0730 bersama Pegawai Penyelia, ASP Aslinda Nordin untuk beri taklimat bersama ketua-ketua balai sekitar daerah Melaka Tengah.
  • Sesi taklimat sedang berlangsung, dan menangkap gambar sepanjang sesi taklimat itu berlangsung.
  • Semua pegawai Polis yang berpakaian awam dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing.
  • Kesemua tugas yang diberikan lebih kepada memerhati dan menilai kualiti tugas polis sekitar Banda Hilir dan mendapatkan pandagan orang awam.
  • Merekod video setiap pandagan orang awam  dan pelancong dari luar negara mengenai kualiti perkhidmatan Polis di Melaka.
  • Tumpuan kepada polis dibahagian inquary, ops payung dan balai polis pelancong.
  • Pernilaian dan perbincangan bagi penambahbaikan dilakukan setelah semua jumlah minima respondan tercapai.
  • Perbetangan setiap kumpulan bermula jam 1430 dan selesai jam 1430.


Hari ke-38, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

19 Oktober 2015 - Isnin


  • Pegawai penyelia memberikan camera DLSR.
  • Mencuba guna pakai camera DSLR Canon 1100D milik Pegawai Penyelaras.
  • Pelajari setiap kompenan kamera tersebut dari google.
  • Pelajari tutorial menggunakan kamera dari Youtube.

Hari ke-37, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

16 Oktober 2015 - Jumaat


  • Membantu staff dari pejabat Perkhidmatan dan Pejawatan scan gambar ukuran paspoar dan jadikannya image format .jpg.
  • Membuang virus di setiap komputer yang terdapat di pejabat Perkhidmatan dan Pejawatan dengan Smadav dan Shortcut virus remover. 

Hari ke-36, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

15 Oktober 2015 - Khamis


  • Membantu staff  teknikal IT dalam kerja-kerja baik pulih komputer dan komputer riba.
  • Mengemaskini buku log.
  • fotostat dokumen sebagai salinan untuk dihantar ke beberapa jabatan.
  • Membantu pegawai latihan dan sukan dalam kerja-kerja menghantar fail, dokumen dan semboyan ke beberapa pejabat dan jabatan sekitar IPK.



Sunday, 18 October 2015

Hari ke-35, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

13 Oktober 2015 - Selasa


  • Penyelia projek tidak datang ke pejabat kerana urusan luar pejabat sehingga jumaat ini.
  • Urusan tanda tangan dan cop tergendala.
  • Permulaan video korporat (intro) siap dan masih menunggu bahan untuk pengisian video.
  • Memberi bantuan kepada staff di IPK yang berkaitan dengan teknikal komputer seperti sambungan cable USB, tukar format dan sebagainya.
  • 14 Oktober 2015 (Rabu) merupakan cuti sempena Maal Hijrah.

Hari ke-34, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

12 Oktober 2015 - Isnin


  • Berjumpa dengan penyelia projek untuk semakan terakhir kertas kerja, dan kertas kerja telah diterima.
  • Membuat persiapan terakhir dengan print dan binding sebelum terima tanda tangandan cop dari penyelia.
  • Penyelia keluar untuk urusan mesyuarat.
  • Membantu staff teknikal IT memindahkan data dari hardisk untuk backup.
  • Format PC yang bermasalah dan install perisian asas.

Hari ke-33, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

8 Oktober 2015 - Khamis


  • Kembali semula ke bilik media (HEA) untuk mencari sumber dan maklumat dari internet.
  • Muat turun latar belakang muzik untuk mood video.
  • Memilih muzik yang sesuai untuk suasana dan mood video.
  • menukar format muzik dan edit.
  • 8 Oktober 2015 (Jumaat) merupakan cuti sempena hari jadi Dipertua Negeri Melaka.

Hari ke-32, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

7 Oktober 2015 - Rabu

  • Membantu anggota mengemaskan stor toner untuk beri ruangan toner baharu yang akan sampai.
  • Install printer Canon di Pejabat Unit Risikan Jenayah (D4).
  • Menyelesaikan permasalah internet explore yang tidak dapat masuk ke halaman yahoo dan facebook dengan format semula.


Hari ke-31, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

6 Oktober 2015 - Selasa


  • Membuat backdrop untuk majlis makan malam PDRM bersama KP Melaka
  • Membantu staff teknikal dalam persediaan ceramah di auditorium. (memasang laptop, projector dan sebagainya)
  • Membantu staff dan anggota di bahagian IT dalam kerja-kerja pengurusan.

Hari ke-30, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

5 Oktober 2015 - Isnin


  • Membantu anggota dan teknikal bahagian IT dalam format komputer yang bermasalah dari balai polis sekitar Melaka.
  • Mengisi perisian asas "software" seperti Microsoft,Flash,anti-virus dan sebagainya.


Monday, 12 October 2015

Hari ke-29, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

2 Oktober 2015 - Jumaat


  • Membantu anggota di pejabat Latihan dan Sukan dalam menyediakan kertas jawapan bagi peperiksaan bagi anggota PDRM.
  • Mengasingkan kertas jawapan peperiksaan berdasarkan subjek peperiksaan bagi semua IPD di daerah Melaka dan IPK.

Hari ke-28, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

1 Oktober 2015 - Khamis


  • Meneruskan tugasan dan tutorial adobe premier dari youtube.
  • Melihat contoh-contoh video korporat yang terdapat dalam Youtube.
  • Muat turun tutorial dan mencuba melakukanya.


Hari ke-27, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

30 September 2015 - Rabu


  • Selesai menyiapakan logo Polis dala bentuk 3D.
  • Berjumpa dengan penyelia untuk menunjukan hasil 3D dan dalam masa sama meminta pendapat dan pandangan.
  • Logo 3D yang dibuat diterima, dan masih menunggu bahan dari penyelia untuk isian di dalam video korporat.
  • Muat turun tutorial adobe premier dari youtube.

Hari ke-26, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

30 September 2015 - Rabu

Masih meneruskan tugasan untuk membuat logo polis dalam bentuk 3D.
Melihat contoh-contoh video korporat dari youtube.
Berjumpa dengan penyelia projek untuk berbincang mengenai bahan atau pengisian bagi video korporat tersebut.

Hari ke-25, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

29 September 2015 - Selasa

Membuat logo Polis dalam bentuk 3D untuk intro video korporat.
Mencuba segala tools yang terdapat dalam 3D Max.

Hari ke-24, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

28 September 2015 - Isnin


  • Pelajari tutorial 3D Max di youtube untuk intro video.
  • Muat turun video tutorial dari Youtube mengenai cara mengunakan software 3D Max.
  • Sepanjang hari tersebut mempelajari menggunakan software 3D Max.


Hari ke-23, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

25 September 2015 - Jumaat

Hari pertama ditempatkan di cawangan Hal Ehwal Awam.
Menerima taklimat dan tugasan dari penyelia projek yang juga merupakan pegawai turus Hal Ehwal Awam.
Tugasan yang diberikan adalah berbentuk video.
Membuat video korporat berkaitan dengan tema polis tahun ini iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Hari ke-22, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

24 September 2015 - Khamis


  • Melakukan tugas harian seperti biasa format desktop dan laptop
  • Memasang projector dan keperluan lain untuk persediaan ceramah yang akan dijalankan esok.
  • Berjumpa dengan penyelia project untuk urusan perpindahan pejabat tugas.

Monday, 28 September 2015

Hari ke-21, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

23 September 2015 - Rabu

Membersihkan RAM di Perlesenan IPD Jasin

  • Bersama Koperal Ainal ke Ibu Pejabat Polis Jasin dan Ibu Pejabat Melaka Tengah untuk urusan install MozilaFireFox.
  • Membersihkan RAM CPU pegawai awam di IPD Jasin.
  • Kelonggoran waktu bekerja hari ini sehingga jam 3:00pm kerana sambutan Raya Haji esoknya.
  • 24 - 25 September 2015 cuti hari raya korban. (permohonan cuti pada 25hb September 2015 (jumaat) )

Hari ke-20, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

22 September 2015 - Selasa

  • Membantu anggota teknikal dalam "setup" Desktop dan komputer riba baharu yang akan diedarkan kepada (AIO).
  • Menyelesaikan permasalahan internet di Pejabat Latihan dan Sukan (tidak dapat masuk ke laman e-siar PDRM).
  • Meneruskan mencari bahan untuk projek video koporat.

Hari ke-19, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

21 September 2015 - Isnin


  • Membantu anggota teknikal dalam "setup" Desktop baharu yang akan diedarkan kepada (AIO).
  • Menyelesaikan permasalahan internet di Pejabat Latihan dan Sukan (tidak dapat masuk ke laman e-siar PDRM).
  • Meneruskan mencari bahan untuk projek video koporat.

Monday, 21 September 2015

Hari ke-18, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

18 September 2015 - Jumaat
Format PC yang bermasalah

  • Menyediakan "Backdrop" bagi ceramah bertajuk 'Kekeluargaan'.
  • Memasang monitor di auditorium IPK Melaka.
  • Menyambung menyiapkan kertas kerja video korporat.
  • Pelajari cara format setiap PC yang bermasalah di IPK Melaka dan IPD sekitar Melaka.
  • Membantu "Setup" PC baharu dari "vendor" bagi kegunaan anggota baharu yang baru ditempatkan.
  • Menyediakan keperluan IT seperti komputer riba, printer dan network bagi temuduga kenaikkan dari Inspektor ke ASP.


Hari ke-17, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

17 September 2015 - Khamis
  • Cuti 16 September 2015 sempena menyambut hari Malaysia.
  • Menyediakan kertas kerja bagi Projek Video Korporat "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
  • Mencari bahan rujukan untuk kertas kerja.
  • Berjumpa ASP Azlinda selaku penyelia projek video korporat untuk berbincang mengenai konsep serta ringkasan video.
  • Membantu anggota dan staff dalam urusan teknikal.

Hari ke-16, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

15 September 2015 - Selasa


Kad jemputan Majlis Akikah dan Hari Jadi anak Kpl Ainal Mazwan

  • Membantu anggota jabatan TSM mereka kad jemputan akikah menggunakan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshope.
  • Membantu Sarjan Mejar Arakanal ubahsuai poster visi dan misi PDRM.
  • Membantu anggota dan staff dalam urusan teknikal.



Hari ke-15, Latihan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM)

14 September 2015 - Isnin

  • Melapor diri di Jabatan STaRT Pejabat TSM dengan ASP Noor Azhari bin Hj. Yusof.
  • Sesi perkenalan diri bersama pegawai turus (PT) Pejabat Telekomunikasi dan Sistem Maklumat
  • Beramah mesra bersama anggota dan pegawai awam pejabat.
  • Mendengar taklimat serta peraturan sepanjang berada di pejabat TSM.
Peraturan:

  1. Tepati masa
  2. Pakaian sesuai untuk kerja-kerja penyelengaran komputer.
  3. Integriti



Sunday, 20 September 2015

Hari ke-14, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perkhidmatan dan Perjawatan

11 September 2015 - Jumaat


  • Mendengar taklimat mengenai fungsi dan peranan pejabat perkhidmatan dan perjawatan secara kesimpulan.
  • Pejabat Perkhidmatan dan Perjawatan bertanggungjawab dalam menguruskan maklumat diri, permohonan cuti, pertukaran negeri atau tempat bertugas, kenaikkan pangkat, gaji dan sebagainya.
  • Fail setiap pegawai, anggota, dan staff yang pencen atau tugasan berakhir di IPK Melaka akan disimpan dalam stor fail.
  • Fail-fail ini disimpan bertujuan untuk semakan atau sebagai bahan pengesahan sekiranya anak-anak mereka mahukan selinan tersebut.
  • Hanya fail pegawai, anggota dan staff yang menamatkan jawatannya di IPK Melaka sahaja akan disimpan dalam stor fail.

Hari ke-13, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perkhidmatan dan Perjawatan

10 September 2015 - Khamis

  • Menyusun  dan mengemaskan fail pegawai dan anggota lama dan baharu.
  • Mengantikan kulit fail lama kepada baharu untuk anggota dan pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun.
  • Mengasingkan fail peribadi anggota yang telah pencen dan meninggal dunia.
  • Membantu anggota dan staff dalam pengurusan dan pentadbiran.

Thursday, 10 September 2015

Hari ke-12, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perkhidmatan dan Perjawatan

9 September 2015 - Rabu


  • Urusan perbincangan projek bersama penyelia ditunda kerana urusan luar pejabat pegawai tersebut.
  • Membantu anggota dan staff dalam mencari dan menyemak fail setiap anggota baharu yang ditugaskan ke IPK.
  • Menukar kulit fail lama kepada yang baharu.
  • Membantu staff dalam pengurusan dan pentadbiran.

Tuesday, 8 September 2015

Hari ke-11, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perkhidmatan dan Perjawatan

8 September 2015 - Selasa


  • Melapor diri di Jawatan Pengurusan Cawangan Perkhidmatan dan Perjawatan.
  • Sesi perkenalan diri bersama staff lain.
  • Penerangan mengenai beza warna fail berdasarkan pangkat dan jawatan.


Contoh:
  1. Fail Hijau (G)- Berpangkat ASP dan ke atas.
  2. Fail Kuning (PF)- Bagi staff atau orang awam yang berkhidmat di IPK.
  3. Fail Ungi (RF) - Berpangkat SI dan kebawah atau anggota.
  4. Fail Biru (I)- Berpangkat Inspektor.
  • Membantu anggota dan staff dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Berbincang dengan penyelia projek mengenai projek yang akan dilaksanakan.

Hari ke-10, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Pentadbiran

7 September 2015 - Isnin


  • Membantu anggota dan staff dalam urusan pentadbiran.
  • Mengisi data setiap fail-fail dan surat-surat untuk semakan dan kelulusan daripada arkib negara untuk dilupuskan.
  • Fotostat dan FAX segala semboyan dan diedarkan ke setiap Jabatan dan IPD dalam kawasan Melaka.


Sunday, 6 September 2015

Hari ke-9, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Pentadbiran

4 September 2015 - Jumaat


Pelajar dari UTeM bergambar bersama penyelia latihan industri

  • Pengenalan dan penerangan fungsi serta peranan cawangan pentadbiran IPK Melaka.
  • Cawangan Pentadbiran merupakan pecahan daripada Jabatan Pengurusan.
  • Cawangan Pentadbiran merupakan nadi kepada IPK Melaka.
  • Segala urusan keluar masuk semboyan atau surat menyurat akan disalurkan ke cawangan ini terlebih dahulu.
  • Segala agensi kerajaan seperti Majlis Daerah, Imigerasi, Kastam, orang awam dan lain-lain surat-menyurat akan berusan dengan cawangan ini.
  • Urusuan pelupusan fail-fail serta surat-surat lama dipertanggungjawabkan dalam cawangan ini.
  • Meraikan hari terakhir pelatih latihan industri dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di IPK Melaka.

Thursday, 3 September 2015

Hari ke-8, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Pentadbiran

3 September 2015 - Khamis
Buku Undang-Undang Umum dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

  • Melapor diri di cawangan pentadbiran dengan DSP Mohd Kamal.
  • Sesi perkenalan diri bersama Encik Rozali Pegawai Cawangan Pentadbiran.
  • Sesi berkenalan bersama pegawai, anggota dan staff Cawangan Pentadbiran.
  • Membaca dan memahami buku undang-undang umum (jilid satu) dan buku perkeliling kemajuan pentadbiran awam.
  • Membantu anggota dan staff dalam pengurusan dan pentadbiran.

Wednesday, 2 September 2015

Hari ke-7, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perlesenan

2 September 2015 - Rabu
  • Menyerahkan segala dokumen berkaitan latihan industri kepada SI sementara menunggu pegawai turus latihan dan sukan baharu melapor diri pada 9 September ini.
  • Mendapatkan pengesahan serta cop untuk Borang Tugasan Laporan
  • Menghantar Borang Tugasan Laporan melalui FAX di Pusat Komunikasi (PUSKOM) ke Pembantu Pendaftar Kolej Seni dan Sains.
  • Membaca dan memahami segala akta dan undang-undang mengenai permohonon lesen.
  • Membantu pegawai dan anggota dalam pengurusan dan pentadbiran.

Tuesday, 1 September 2015

Hari ke-6, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Perlesenan

1 September 2015 - Selasa

Antara buku undang-undang dan contoh borang permohonan lesen am dan senjata api

  • Ditempatkan di bahagian Cawangan Perlesenan dan melapor diri kepada Pegawai Turus Perlesenan DSP Mazlan Bin Mamat.
  • Cawangan perlesenan ini merupakan pecahan daripada Jabatan Pengurusan.
  • Mendengar taklimat dan penerangan mengenai fungsi, tugas dan peranan dalam unit cawangan perlesenan ini.
  • Cawangan perlesenan bertanggungjawab dalam mengeluarkan, menyemak dan meluluskan borang permohonan lesen.
  • Permohonan lesen terbahagi kepada dua bahagian lesen iaitu Lesen Am dan Lesen Senjata Api.
  • Permohonan bagi Lesen Am terbahagi kepada beberapa bahagian lesen
  1. Permohonan membeli barang-barangan sekenhend (besi buruk, komponen besi kenderaan seperti kereta dan motosikal).
  2. Kutipan derma rumah ke rumah.
  3. Letupan dan bunga api.
  4. Pecah batu.
  5. Kilang magazin/simpanan letupan.
  6. Menjual pakai-pakaian seragam.
Tujuan Lesen Am dikeluarkan adalah untuk pemantauan PDRM jika berlaku sebarang kejadian jenayah seperti kecurian, penipuan, ancaman terhadap keselamatan dan sebagainya.
  • Permohonan Lesen Senjata Api terbahagi kepada dua bahagian Lesen A dan Lesen B.


  1. Lesen A: Bagi pemilik senjata api sahaja
  2. Lesen B: Bagi pengguna pemilik lesen A "Carry and Use" (CNU)
  • Semua orang awam yang memohon lesen senjata api wajib mengisi borang permohonan di bahagian ini, kecuali 4 agensi berkuasa iaitu polis, penjara, askar dan navy.
  • Kebiasaan orang awam yang memohon lesen senjata api adalah mereka yang terdiri daripada YB, parlimen, adun, orang-orang penting kerajaan, orang-orang biasa yang menternak dan memanam tanaman yang memberi hasil, syarikat keselamatan, pengurus ladang, JPJ, Rela, Imigresen, Kastam dan sebagainya.
  • Cawangan ini juga bertanggungjawab dalam proses tukar milik senjata, menukar tujuan penggunaan senjata, kelulusan menambah peluru dan pembatalan/pelupusan penggunaan senjata api.
  • PDRM cawangan perlesenan saling berhubungan dengan beberapa jabatan luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Bomba,  Pihak Berkuasa Tempatan, Polis (Jabatan Jenayah), Imigresen, Kastam dan beberapa jabatan luar yang terlibat bagi menjamin kesahihan maklumat serta keselamatan.
  • Rayuan peringkat KPN boleh dilakukan jika permohonan tidak diluluskan.


Friday, 28 August 2015

Hari ke-5, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

28 Ogos 2015 - Jumaat

  • Hari terakhir berada di Bahagian Latihan dan Sukan.
  • Melakukan rutin harian di pejabat dengan mengemas dan menyusun fail.
  • Membantu pegawai dan anggota dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Menghantar semboyan ke Pejabat Pengurusan IPK Melaka.
  • Meraikan hari terakhir DSP Ali Bin Omar Pegawai Turus Bahagian Latihan dan Sukan yang merupakan penyelia bagi latihan industri pelajar IPT ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
  • Urusan projek latihan industri bersama penyelia tergendala untuk minggu pertama latihan sehingga penyelia baharu melaporkan diri pada 1 September 2015.

29 Ogos 2015 - 31 Ogos 2015 merupakan cuti umum dan cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yg ke-58.

Thursday, 27 August 2015

Hari ke-4, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

27 Ogos 2015- Khamis
Program Senamrobik yang diadakan antara jabatan-jabatan dalam IPK


  • Membantu anggota pentadbiran mengagihkan keperluan/kelengkapan kawad seperti hackle, selempang, tali pinggang, dan mafla untuk persediaan perbarisan sempena sambutan hari Kebangsaan.
  • Menyusun dan mengemaskini fail mengikut susunan yang ditetapkan mengikut FIFO (First In First Out).
  • Mempelajari dan memahami fungsi serta tugas-tugas Bahagian Latihan dan Sukan.
Antaranya:
  • Mengatur dan menyusun perkara yang berkaitan latihan sukan, dan segala jenis perlawanan sukan di peringkat negeri.
  1. Program senamrobik.
  2. Pertandingan sukan antara IPD dan balai.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan keperluan atlet di peringkat kebangsaan.
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan anggota, pelatih baru dan pelajar IPT seperti:
  1. Kursus kenaikan pangkat dan seumpamanya bagi pegawai dan anggota.
  2. Kursus latihan amali bagi anggota baharu.
  3. Kursus latihan industri bagi pelajar IPT.
  4. Latihan kawad bulanan dan hari-hari penting seperti perbarisan Hari Kebangsaan dan seumpamanya.
  5. Menganjurkan perhimpunan bulanan peringkat negeri.

Wednesday, 26 August 2015

Hari ke-3, 26 Ogos 2015- Pejabat Pengurusan Cawangan Latihan dan Sukan

Pengenalan antara,Polis Regular, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan dan Konstabel Sokongan. Untuk membezakan antara keempat-empat anggota tersebut adalah berdasarkan nombor badan mereka masing-masing.

  • CONTOH: 


  1. Polis Regular             = 123456
  2. Sukarelawan Polis     = SP 123456
  3. Polis Bantuan            = PB 123456
  4. Polis Sokongan = S 123456
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran
  • Mengisi butiran-butiran bagi setiap semboyan yang masuk ke cawangan Latihan dan Sukan
  • Membantu anggota pengurusan membuat penyediaan barangan keperluan bagi latihan perbarisan sempena sambutan hari Kebangsaan.

Tuesday, 25 August 2015

Hari Pertama dan ke-2, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

Hari Pertama, 24 Ogos 2015
Bangunan Utama IPK Melaka

Tiba di IPK Melaka pada jam 7:50 am dan melapor diri di pondok kawalan IPK
  • Serahkan kad pengenalan dan menerima tag pelawat dari pondok kawalan.
  • Lapor mula tugas di Jabatan Pengurusan bahagian Latihan/Sukan.
  • Sesi pengenalan diri dan taklimat daripada pegawai dan anggota mengenai etika pemakaian, ketepatan masa, peraturan di kawasan IPK dan budaya hormat menghormati.
  • Menerima tag sebagai anggota "KURSUS" dan kad kehadiran (Punchcard).
  • Pulang kerja pada jam 5:10 pm dan serahkan tag lawatan seterusnya terima kembali kad pengenalan diri.



Hari Ke-2, 25 Ogos 2015

  • Pertama kali menggunakan kemudahan "Punchcard" dengan catatan masa tiba pada jam 7:30am.
  • Menyusun atur jadual latihan sepanjang 6 bulan menjalankan latihan industri di setiap jabatan dan bahagian.
  • Menyediakan buku log sepanjang 6 bulan latihan untuk semakan pegawai.
  • Membantu pegawai dan anggota melakukan kerja-kerja pejabat seperti menaip, fotostat, print dan tugas-tugas lain.
  • Selesai tugas sepanjang hari tersebut dan "punchcard" balik pada jam 5:07 pm.