Sunday, 22 November 2015

Hari ke-64, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

22 November 2015 - Ahad

  • Hari ini cuti umum bagi negeri Melaka, tetapi dipanggil oleh pegawai penyelia untuk datang ke pejabat pada jam 2 petang.
  • Bersama dengan Pegawai Penyelia, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan seorang anggota ke Swiss Hotel Melaka.
  • Perdana Menteri China datang ke Melaka untuk mendengar taklimat pelaburan yang dibuatnya di negeri Melaka yang disampaikan oleh ketua Menteri Melaka.
  • Secara tidak langsung bersama dengan 2 orang pegawai mengawas tingkat dua Swiss Hotel supaya orang awam tidak menjengguk VVIP yang hadir dari atas.
  • Selesai majlis pada jam 6 ptg.
  • Sebelum balik singgah dulu UPTOWN MELAKA berhadapan menara Taming Sari.

Hari ke-63, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

20 November 2015 - Jumaat


  • Masih mencari video yang bersesuaian di Youtube kerana kekurangan sumber semasa merakam video tempoh hari.
  • Sementara pada masa yang sama, mencari background muzik yang sesuai untuk video korporat.

Hari ke-62, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

19 November 2015 - Khamis


  • Membantu anggota mencari dan mengasingkan berita sekitar Melaka yang berkaitan dengan PDRM Melaka.
  • Setelah selesai, balik ke bilik media dan sambung kerja-kerja menyunting video.
  • Video yang disunting masih kekurangan, dan terpaksa ambil beberapa video dari Youtube.

Hari ke-61, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

18 November 2015 - Rabu


  • Memulakan suntingan video.
  • Menggunakan software SONY VEGAS.
  • 1 hari membuat kerja-kerja suntingan video.

Hari ke-60, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

17 November 2015 - Selasa


  • Hari ini bersama dengan Sarjan Rauf  keluar ke Bandar Hilir untuk aktiviti merakam video.
  • Rakaman pertama bermula di Balai Polis Pelancong kemudian diikuti dengan Polis Bertugas Ronda di sekitar Bandar Hilir.
  • Rakaman orang awam di hadapan Dataran Pahlawan.

Hari ke-59, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

16 November 2015 - Isnin


  • Perancangan untuk merakam video di sekitar Bandar Hilir pada waktu petang tergendala disebabkan hujan lebat.
  • Dari pagi sampai petang duduk termenung memikirkan idea untuk pengambaran.
  • Dalam masa yang sama beberapa helai storyboard telah dilakar.

Hari ke-58, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

13 November 2015 - Jumaat


  • Kembali semula ke bilik media.
  • Mengasingkan dan mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan projek.
  • Memulakan projek dengan membuat gambar video.

Hari ke-57, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

12 November 2015 - Khamis


  • Hari ini duduk di pejabat Latihan dan Sukan untuk sementara waktu membantu kerja-kerja pejabat.
  • Memberi laporan ujian air kencing kepada orang awam yang telah lulus kepada mereka yang memohon jawatan PDRM.

Hari ke-56, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

11 November 2015 - Rabu


  • Berjumpa dengan penyelia awal pagi ini.
  • Dapat semua bahan-bahan yang diperlukan dari unit D6.
  • Hari ini penyelia projek ada mesyuarat di luar bersama orang awam.
  • Melakukan tugas sendiri, menyemak dan mengasingkan bahan yang telah diberikan untuk video korporat.
  • Semua bahan dalam bentuk gambar dan video.

Hari ke-55, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

10 November 2015 - Selasa


  • Kembali semula ke bilik media
  • Pelajari tutorial software SONY VEGAS.
  • Berjumpa dengan Penyelia Projek dan berbincang mengenai bahan atau maklumat yang diperlukan.
  • Bahan yang diperlukan masih dalam proses, cuma dapat 1 DVD mengenai aktiviti sepanjang Timbalan Ketua Polis Melaka yang dalam bentuk gambar .JPG format.
  • Mengasingkan gambar-gambar tersebut mengikut kesesuai dengan projek.

Hari ke-54, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

9 November 2015 - Isnin


  • Hari ini staff dari bahagian IT minta tolong duduk di pejabat IT sebab semua staff sibuk dengan urusan luar.
  • Membantu kerja-kerja teknikal seperti format laptop.
  • Sepanjang hari berada di pejabat IT membantu kerja-kerja teknikal.

Sunday, 8 November 2015

Hari ke-53, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

6 November 2015 - Jumaat


  • Di Pejabat Hal Ehwal Awam, mengasingkan berita dari surat khabar yang melibatkan PDRM negeri Melaka.
  • Surat Khabar yang dibaca:
  1. Harian Metro
  2. Berita Harian
  3. Utusan Malaysia
  4. News StraitTimes
  • Mencari bahan serta contoh video korporat.

Hari ke-52, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

5 November 2015 - Khamis


  • Berjumpa dengan penyelia projek berbincang mengenai kelulusan mendapatkan bahan visual dari unit D6.
  • Melakukan aktiviti rakaman pengambaran di sekitar Melaka Mall.
  • Melakukan aktiviti dan kerja-kerja pejabat seperti biasa selepas balik dari rakaman video.

Hari ke-51, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

4 November 2015 - Rabu

Bersama 10 orang pelajar UiTM Jasin dan anggota bahagian HEA


  • Lawatan pelajar dari UITM Jasin, Melaka untuk melakukan kerja kursus bagi subjek "Komunikasi"
  • Membantu pegawai dan anggota untuk membawa 10 orang pelajar melawat sekitar IPK Melaka.
  • Menerangkan fungsi dan kegunaan bagi setiap kawasan yang dibawa lawat.
  • Kawasan yang dibawa adalah seperti:

  1. Padang Kawad
  2. Lapang Sasar.
  3. Jabatan Pengurusan
  4. Auditorium IPK Melaka
  5. Dewan IPK Melaka
  6. Mes IPK Melaka
  7. Bahagian Pengangkutan IPK Melaka
  8. Tapak Mendarat Helikopter.

Tuesday, 3 November 2015

Hari ke-50, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

3 November 2015 - Selasa


  • Bersama dengan Penyelia dan Tuan Suhaimi melawat ke Ramada Hotel Melaka.
  • Melihat ruangan dewan dan bilik hotel untuk mesyurat Ketua Polis Negara bersama Ketua Polis Melaka bersama Lembaga Pengarah yang lain.
  • Melaksanakan tugas sebagai "cameraman" menangkap gambar setiap ruangan bilik, dewan makan, dan bilik mesyuarat.
  • Gambar yang ditangkap akan dijadikan bahan untuk pembentangan bajet.

Hari ke-49, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

2 November 2015 - Isnin


  • Memindahkan semua gambar dan video kedalam komputer.
  • Semak dan mengasingkan video untuk suntingan baharu video korporat.
  • Dalam masa yang sama, masih menunggu video dari unit D6.
  • Mereka logo bagi polis melaka yang akan digunakan dalam video.

Hari ke-48, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

30 Oktober 2015 - Jumaat


  • Bersama penyelia, hadir ke Sekolah Kebangasaan Jalan Dato' Pahlawan untuk ceramah mengenai menangani jenayah bersama murid sekolah rendah.
  • Menjalankan tugas sebagai "cameraman".
  • Merakam video suasana sepanjang ceramah berikut.

Hari ke-47, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

29 Oktober 2015 - Khamis


  • Siap bahagian pertama video korporat.
  • Berjumpa dengan penyelia, dan tunjukan hasil video untuk bahagian pertama.
  • Penyelia meminta untuk buat semula, kerana aksi yang ganas dan tidak menunjukan kemesraan polis dan masyarakat.
  • Seharian suntuk memikirkan idea untuk merakam semula video yang berunsurkan kemesraan antara polis dan rakyat.

Hari ke-46, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

28 Oktober 2015 - Rabu


  • Sambung menyiapakan suntingan video di bilik Media.
  • Pelajari tutorial Adobe Premiere dan muat turun semua tutorial berdasarkan keperluan.
  • Seharian berada di bilik Media menyunting video.

Hari ke-45, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

27 Oktober 2015 - Selasa


  • Menyudahkan menyunting video koporat di bilik Media IPK Melaka.
  • Pelajari tutorial Adobe Premiere daripada Youtube.
  • Seharian menyudahkan sunting video di bilik Media.

Hari ke-44, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

26 Oktober 2015 - Isnin


  • Menyunting video rakaman yang dibuat pada hari Sabtu lepas.
  • Memindahkan semua gambar ke dalam pendrive dan serahkan kepada penyelia.
  • Menyemak semula video rakaman temubual bersama pengerusi Rukun Tentangga.

Hari ke-43, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

24 Oktober 2015 - Sabtu


  • Menghadiri program Security and Save Me serta pelancaran Aplikasi baharu S.O.S (Serving Our Society) bertempat di Auditorium IPK Melaka.
  • Menangkap gambar sepanjang program tersebut.
  • Menemubual beberapa Pengerusi Rukun Tetangga mengenai pandangan mereka terhadap perkhidmatan polis.
  • Program bersurai pada jam 12.00 tengah hari.

Hari ke-42, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

23 Oktober 2015 - Jumaat



  • Kerja-kerja menyunting video ditunda.
  • Ditugaskan membantu anggota di cawangan latihan/sukan.
  • Menaip semula nama-nama anggota yang akan dinaikkan pangkat di seluruh negeri Melaka.
  • Seramai 600 orang anggota dinaikan pangkat.
  • Kesemua pangkat tersebut adalah Koperal ke Sarjan, Sarjan ke Sarjam Mejar dan Sarjan Mejar ke Sub Inspektor.

Hari ke-41, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

22 Oktober 2015 - Khamis


  • Sambung kerja menyiapkan projek video korporat.
  • Menyunting video rakaman temubual bersama orang awam.
  • Seharian berada di bilik Media menyunting video.

Hari ke-40, Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam

21 Oktober 2015 - Rabu


  • Memindahkan semua gambar dan video ke komputer.
  • Menyemak dan menyunting video rakaman.
  • Kesemua gambar dipindahkan ke pendrive dan diserahkan kepada penyelia.