Friday, 28 August 2015

Hari ke-5, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

28 Ogos 2015 - Jumaat

  • Hari terakhir berada di Bahagian Latihan dan Sukan.
  • Melakukan rutin harian di pejabat dengan mengemas dan menyusun fail.
  • Membantu pegawai dan anggota dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Menghantar semboyan ke Pejabat Pengurusan IPK Melaka.
  • Meraikan hari terakhir DSP Ali Bin Omar Pegawai Turus Bahagian Latihan dan Sukan yang merupakan penyelia bagi latihan industri pelajar IPT ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
  • Urusan projek latihan industri bersama penyelia tergendala untuk minggu pertama latihan sehingga penyelia baharu melaporkan diri pada 1 September 2015.

29 Ogos 2015 - 31 Ogos 2015 merupakan cuti umum dan cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yg ke-58.

Thursday, 27 August 2015

Hari ke-4, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

27 Ogos 2015- Khamis
Program Senamrobik yang diadakan antara jabatan-jabatan dalam IPK


  • Membantu anggota pentadbiran mengagihkan keperluan/kelengkapan kawad seperti hackle, selempang, tali pinggang, dan mafla untuk persediaan perbarisan sempena sambutan hari Kebangsaan.
  • Menyusun dan mengemaskini fail mengikut susunan yang ditetapkan mengikut FIFO (First In First Out).
  • Mempelajari dan memahami fungsi serta tugas-tugas Bahagian Latihan dan Sukan.
Antaranya:
  • Mengatur dan menyusun perkara yang berkaitan latihan sukan, dan segala jenis perlawanan sukan di peringkat negeri.
  1. Program senamrobik.
  2. Pertandingan sukan antara IPD dan balai.
  3. Menguruskan hal-hal berkaitan keperluan atlet di peringkat kebangsaan.
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan anggota, pelatih baru dan pelajar IPT seperti:
  1. Kursus kenaikan pangkat dan seumpamanya bagi pegawai dan anggota.
  2. Kursus latihan amali bagi anggota baharu.
  3. Kursus latihan industri bagi pelajar IPT.
  4. Latihan kawad bulanan dan hari-hari penting seperti perbarisan Hari Kebangsaan dan seumpamanya.
  5. Menganjurkan perhimpunan bulanan peringkat negeri.

Wednesday, 26 August 2015

Hari ke-3, 26 Ogos 2015- Pejabat Pengurusan Cawangan Latihan dan Sukan

Pengenalan antara,Polis Regular, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan dan Konstabel Sokongan. Untuk membezakan antara keempat-empat anggota tersebut adalah berdasarkan nombor badan mereka masing-masing.

  • CONTOH: 


  1. Polis Regular             = 123456
  2. Sukarelawan Polis     = SP 123456
  3. Polis Bantuan            = PB 123456
  4. Polis Sokongan = S 123456
Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran
  • Mengisi butiran-butiran bagi setiap semboyan yang masuk ke cawangan Latihan dan Sukan
  • Membantu anggota pengurusan membuat penyediaan barangan keperluan bagi latihan perbarisan sempena sambutan hari Kebangsaan.

Tuesday, 25 August 2015

Hari Pertama dan ke-2, Latihan di Jabatan Pengurusan Cawangan Latihan/Sukan

Hari Pertama, 24 Ogos 2015
Bangunan Utama IPK Melaka

Tiba di IPK Melaka pada jam 7:50 am dan melapor diri di pondok kawalan IPK
  • Serahkan kad pengenalan dan menerima tag pelawat dari pondok kawalan.
  • Lapor mula tugas di Jabatan Pengurusan bahagian Latihan/Sukan.
  • Sesi pengenalan diri dan taklimat daripada pegawai dan anggota mengenai etika pemakaian, ketepatan masa, peraturan di kawasan IPK dan budaya hormat menghormati.
  • Menerima tag sebagai anggota "KURSUS" dan kad kehadiran (Punchcard).
  • Pulang kerja pada jam 5:10 pm dan serahkan tag lawatan seterusnya terima kembali kad pengenalan diri.



Hari Ke-2, 25 Ogos 2015

  • Pertama kali menggunakan kemudahan "Punchcard" dengan catatan masa tiba pada jam 7:30am.
  • Menyusun atur jadual latihan sepanjang 6 bulan menjalankan latihan industri di setiap jabatan dan bahagian.
  • Menyediakan buku log sepanjang 6 bulan latihan untuk semakan pegawai.
  • Membantu pegawai dan anggota melakukan kerja-kerja pejabat seperti menaip, fotostat, print dan tugas-tugas lain.
  • Selesai tugas sepanjang hari tersebut dan "punchcard" balik pada jam 5:07 pm.